Friday, 15 January 2016

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK SEMUA

Taekwondo merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat pada alaf ini bertujuan untuk melindungi diri serta ahli keluarga mereka, sebagai salah satu sukan untuk memotivasikan diri sendiri dan juga turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai orang.

Sehubungan dengan itu, Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (KTWS) telah membuka sesi kelas taekwondo dewasa khusus kepada ibubapa yang berminat untuk mengikuti dan mempelajari seni ilmu mempertahankan diri ini. Ketetapan sesi kelas taekwondo bagi kelas dewasa adalah seperti berikut:-

       Sesi kelas  : Setiap hari Selasa dan Rabu.
       Masa kelas : 7.00 pm - 9.00 pm
       Bertempat  : Ruang Legar Kompleks Sukan Sibuga Batu 5 Sandakan, Sabah.




KELAS TAEKWONDO DEWASA (PARA IBU) BERSAMA
MASTER ADURING @ MUSRI HABIB MOHAMMAD



USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK MEMAHAMI DAN MEMPRAKTIKKAN 
ILMU SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (TAEKWONDO)



Sesi latihan taekwondo ini terbuka kepada semua ibubapa tidak kira peringkat umur, agama, bangsa mahupun yang bekerja atau tidak bekerja. Tujuan Kelab Warisan Sandakan ini membuka sesi kelas dewasa adalah untuk kesihatan kita semua kerana ia merupakan salah satu senaman harian yang mampu menguatkan badan daripada dihinggapi penyakit.

Bukan itu sahaja, mempelajari dan mempraktikkan seni mempertahankan diri mampu membantu diri kita daripada serangan musuh dan juga merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Tambahan lagi, adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya juga mampu memberikan ruang kepada para ibubapa yang stress atau mengalami tekanan untuk mengurangkan  bebanan yang mereka hadapi di tempat kerja atau dimana-mana sahaja. 

SESI LATIHAN (HAND BLOCKING )










Selain daripada itu, amalan ini juga dapat mewujudkan satu komuniti yang sihat serta dapat dijadikan platform bagi merapatkan perpaduan dan silaturahim sesama masyarakat. 

Adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya mampu memberikan semangat yang luar biasa dan hebat sekali kepada golongan ibubapa khasnya agar mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak diingini berlaku kepada diri dan juga keluarga mereka. 


SESI LATIHAN (BASIC KICKING)





“Seni ini mengajar kita bersatu dalam pasukan serta berdisiplin yang boleh mengukuhkan tali persaudaraan antara kita”


Disediakan oleh Admin 2 : Huzaimi



Monday, 28 December 2015

KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA DAN TERBUKA SABAH 2015

         Kejohanan  Taekwondo Remaja  dan Terbuka  Sabah   telah   berlangsung  di Kompleks Sukan Ranau  pada  18 - 20 Disember 2015. Kategori yang dipertandingkan ialah acara Kyorugi Remaja dan Terbuka dan acara Poomsae  Remaja  dan  Terbuka.  KTWS  telah  menghantar wakil peserta seramai 23 orang   dalam acara Kyorugi dan Pomsae Remaja dan Terbuka.
         Keputusan   terakhir  KTWS  berjaya   membawa  pulang   1  Emas , 3 Perak  dan  3 Gangsa.

Poomsae Team Open -  Gangsa 

1) Muhd  Huzaimi  Bin Aduring
2) Roland Yee  Choo  Yie
3) Haizzan  Bin   Manshor

Poomsae Team 15 - 17  -  Perak
1) Tan Boon Heng
2) Roland Yee Choo  Yie
3) Haizzan  Bin  Manshor

Kyorugi 12- 14 Thn

1) Hishammuddin Bin Awang Zakaria ( middle  weight  ) -  Perak
2)  Jimi Adam Horatio  Nelson  ( Heavy  weight  )  -  Gangsa

Kyorugi  15 - 17   Thn

1)  Mohd Nur Idham  Syah  bin  Ya'kub  (  Fin  weight   )  -    Perak
2)  Mohd  Izzat  anas  Bin  Zulkifli  (   Heavy  weight   )   -    Gangsa


Kyorugi   Open

1)  Rodney   Yee  Choo   MIng   (   Heavy   weight    )   -      Emas


 Tahniah  diucapkan  kepada  yang  menang  dan  kepada  mereka  yang  kurang bernasib   baik  tingkatkan    kemahiran   dan   cuba   lagi di  kejohanan  akan  datang  .
         Lebih memeriahkan lagi  ibubapa  juga turut  hadir memberi sokongan padu pada anak - anak mereka dan juga  pada atlit - atlit  KTWS yang lain . Semangat kekitaan dan kesukanan sentiasa diterapkan dalam diri warga KTWS tanpa  memilih  bangsa  dan agama .







Kami  menginap  di Lohan Resthouse  yang  terletak di  kampung   Lohan   Ranau.

http://traveltosabah.blogspot.my/2009/06/lohan-rest-house-ranau.html



Sebagai  pembuka  tirai  acara  makan  malam  bersama  diadakan  untuk  mengeratkan lagi silatulrahim  dan  memberi  semangat  pada  para  peserta  sebelum  bertanding . Pada jamuan  malam  itu juga  satu  kejutan   telah  dibuat   untuk meraikan majlis Harijadi  utk Ibubapa yang tarikh lahirnya jatuh pada hari  itu  iaitu  18hb  Disember.



Kehadiran  ibubapa  memberi  sokongan  sebagai   pembakar   semangat  .











Pemanasan   badan  dijalankan  sebelum   acara  bermula  ..





Peserta  Poomsae  Terbuka yang telah meraih  pingat  Gangsa  ;   Coach Huzaimi , Coach Aizan , Coach Roland   dan  Tan Boon Heng  bersama  dengan Cikgu  Abudullah .



    Para atlet , ibubapa  dan  Master   Aduring   dan  isteri 


                                  The   brothers   ;  Coach   Rodney    and     Roland    Yee


Pemenang Pingat ; Coach Rodney - Kyorugi  Terbuka ( Emas  )  Edham - Kyorugi Remaja  ( Perak ),  Hishammudin - Kyorugi  Remaja ( Perak  ) Izzat  Anas  - Kyorugi   Remaja  (  Gangsa  )




            Coach  Rodney  Yee    Juara  Terbuka  Sabah  dalam  acara  Kyorugi    2015





     Penyokong2    setia






                             Bersama  dengan  Pengurus  Pasukan  Pn. Sahdah   Mumin .





         Admin   bersama   dengan   anak2




   Acara   Pembukaan   dan   Penutupan    Kejohanan





 MAJULAH   SUKAN   UNTUK    NEGARA  .


Tuesday, 22 December 2015

Sparring

Sparring adalah nadi utama dalam Taekwondo. Dalam perlawanan inilah pemain akan menunjukkan dalam perbuatan kesemua  kemahiran yang telah dipelajari dan menggabung- jalinkannya  menjadi satu gerakan seni untuk mempertahankan diri. Dimana pemain akan  memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat serta kepantasan dan kebijaksanaan  dalam  bertanding .









Kick it hard .. kick it right



  Kaedah menendang adalah senjata utama dalam  arena Taekwondo dan digandingkan dengan tumbukan tangan. Ini adalah disebabkan perkataan TAE bermaksud KAKI ( FOOT ) .. KWON bermaksud TUMBUKAN ( FIST )  dan  DO bermaksud CARA ( WAY OF  ). Oleh itu maksud Taekwondo  dalam  Bahasa  Inggeris  ialah ; THE WAY OF THE FOOT AND FIST .