Friday 15 January 2016

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK SEMUA

Taekwondo merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat pada alaf ini bertujuan untuk melindungi diri serta ahli keluarga mereka, sebagai salah satu sukan untuk memotivasikan diri sendiri dan juga turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai orang.

Sehubungan dengan itu, Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (KTWS) telah membuka sesi kelas taekwondo dewasa khusus kepada ibubapa yang berminat untuk mengikuti dan mempelajari seni ilmu mempertahankan diri ini. Ketetapan sesi kelas taekwondo bagi kelas dewasa adalah seperti berikut:-

       Sesi kelas  : Setiap hari Selasa dan Rabu.
       Masa kelas : 7.00 pm - 9.00 pm
       Bertempat  : Ruang Legar Kompleks Sukan Sibuga Batu 5 Sandakan, Sabah.




KELAS TAEKWONDO DEWASA (PARA IBU) BERSAMA
MASTER ADURING @ MUSRI HABIB MOHAMMAD



USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK MEMAHAMI DAN MEMPRAKTIKKAN 
ILMU SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (TAEKWONDO)



Sesi latihan taekwondo ini terbuka kepada semua ibubapa tidak kira peringkat umur, agama, bangsa mahupun yang bekerja atau tidak bekerja. Tujuan Kelab Warisan Sandakan ini membuka sesi kelas dewasa adalah untuk kesihatan kita semua kerana ia merupakan salah satu senaman harian yang mampu menguatkan badan daripada dihinggapi penyakit.

Bukan itu sahaja, mempelajari dan mempraktikkan seni mempertahankan diri mampu membantu diri kita daripada serangan musuh dan juga merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Tambahan lagi, adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya juga mampu memberikan ruang kepada para ibubapa yang stress atau mengalami tekanan untuk mengurangkan  bebanan yang mereka hadapi di tempat kerja atau dimana-mana sahaja. 

SESI LATIHAN (HAND BLOCKING )










Selain daripada itu, amalan ini juga dapat mewujudkan satu komuniti yang sihat serta dapat dijadikan platform bagi merapatkan perpaduan dan silaturahim sesama masyarakat. 

Adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya mampu memberikan semangat yang luar biasa dan hebat sekali kepada golongan ibubapa khasnya agar mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak diingini berlaku kepada diri dan juga keluarga mereka. 


SESI LATIHAN (BASIC KICKING)





“Seni ini mengajar kita bersatu dalam pasukan serta berdisiplin yang boleh mengukuhkan tali persaudaraan antara kita”


Disediakan oleh Admin 2 : Huzaimi



7 comments:

  1. Awesome ! Semangat jati diri yang tinggi .. Syabas

    ReplyDelete
  2. Kalau remaja boleh join kh klas ni ??

    ReplyDelete
  3. Kalau remaja boleh join kh klas ni ??

    ReplyDelete
  4. Hi Salparina .. ya boleh .. kelas remaja di buat pada hujung minggu setiap Sabtu dan Ahad jam 3 pm - 5 pm

    ReplyDelete
  5. Masih ada lagi ka klas ini untuk dewasa??
    Bagaimana kalau sia mahu join??

    ReplyDelete
  6. Ni kelas masih ada dibuat skg ka

    ReplyDelete