Monday 22 February 2016

SELF~DEFENCE TECHNIQUES

Dalam dunia seni mempertahankan diri ini, banyak perkara yang boleh kita pelajari untuk melindungi diri kita daripada bahaya berlaku. Bukan itu sahaja, setiap perkara yang berlaku bukan dirancang tetapi ianya berlaku secara spontan kepada kita tanpa kita sedari dan tidak kira masa serta tempat.

     Namun setiap perkara yang berlaku pasti boleh dihalang serta dapat melindungi diri kita terus menjadi mangsa. Mempelajari dunia seni mempertahankan diri ini mampu membantu kita untuk lebih berani menghadapi  situasi yang tidak diingini berlaku. Tambahan lagi, mempelajari seni mempertahankan diri ini juga mampu membuatkn diri kita lebih bermotivasi serta memberi kesan positif kepada kesihatan kita. Secara tidak langsung, seni mempertahankan diri ini boleh membuatkan diri kita lebih bertenaga dan dapat meyakinkan tahap mental serta fizikal kita untuk lebih berani menghadapi sesuatu keadaan yang buruk berlaku.
        
     Baru-baru ini, pelajar serta jurulatih kelab Warisan Sandakan telah berkerjasama untuk membantu mencari teknik-teknik untuk pertahanan diri (Self~defence techniques) bagi mendalami lagi dunia seni taekwondo yang banyak rahsia disebalik seni mempertahankan diri ini. 

     Pada masa yang sama, pelajar kelab Warisan juga turut membuat persiapan awal untuk mencari teknik~teknik pertahanan diri untuk persiapan ujian kenaikkan tali pinggang yang bakal tiba tidak lama lagi. Persiapan ini dilakukan khusus kepada pelajar yang memegang tali pinggang merah hitam (Red Black Belt). Ini merupakan salah satu syarat yang perlu dilakukan dalam ujian kenaikkan tali pinggang khusus kepada senior red black belt untuk lulus ke tahap tali pinggang Black Belt (1st Dan).




Hand Blocking untuk self~defence yang dilakukan 
bersama coach Huzaimi dan pelajar Red Black Belt Mark Harley.
asas ini merupakan khas untuk musuh mnyerang dari arah depan.

Tendangan arah depan gabungan teknik menggunakan
hand blocking untuk memperhebatkan lagi teknik
pertahanan diri seni Taekwondo.













(Coach Huzaimi dan Mark harley)


Add caption


Teknik self defence  melalui arah belakang. Teknik ini merupakan
teknik yang paling mudah dipelajari untuk bagi melepaskan diri
sekiranya musuh menyerang dari belakang kita. Terdapat pelbagai
 cara untuk dipelajari bagi menghadapi keadaan ini berlaku. 








Teknik ini merupakan teknik untuk melepaskan diri daripada
musuh yang membawa item (pisau, kayu) untuk menyerang seseorang
gabungan kaki dan tangan perlu diterapkan bersama agar keadaan
seseorang yang diserang tersebut mantap dan pihak musuh dapat dijatuhkan,.









Teknik ini merupakan teknik semua gabungan kaki, tangan dan tenaga seseorang
untuk menjatuhkan pihak musuh bagi melemahkan keadaanya, Tambahan lagi,
ianya juga perlu dilakukan dengan penuh  berani sekiranya seseorang diserang dalam
keadaan ini tidak kira dari arah depan mahupun belakang kita
.





setiap ilmu seni mempertahankan diri yang kita pelajari perlu diperkasakan agar semua teknik dapat dilakukan dengan penuh disiplin dan kemas. Bukan itu sahaja, adanya ilmu seni ini di dalam diri seseorang mampu membantu memberanikan diri seseorang untuk menghadapi situasi yang gentar. Adanya seni mempertahankan diri ini, ianya dapat membentuk personaliti diri seseorang yang luar biasa dan hebat sekali.

   


" Self~ defence, self~confidence, discipline and
 self control. The values you learn are priceless".





Post by: -
Admin 2 : Huzaimi

Saturday 20 February 2016

SEMINAR TAEKWONDO CADET INSTRUCTORS


SEMINAR TAEKWONDO CADET INSTRUCTORS

Pada penghujung bulan januari yang lalu, Persatuan UTSA telah mengadakan satu seminar kejurulatihan untuk semua para jurulatih taekwondo seluruh Negeri sabah. Seminar tersebut 

telah berlangsung selama dua hari pada 30-31.01.2016  yang bertempat  di ruang  legar latihan kelas pingpong Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu,  Sabah  Seramai 55 orang jurulatih dari setiap Daerah  Negeri Sabah menghadiri seminar  yang dijalankan ini. Tambahan lagi,  bagi kelab KTWS  seramai 6 orang  termasuk Master Aduring @  Musri  Habib Mohammad telah menghadiri  seminar ini yang  berlangsung selama 2 hari  pada masa tersebut. 
Seterusnya, seminar ini telah dijayakan oleh Presiden UTSA Master Francis Langkab. Pada masa yang sama, tujuan seminar kejurulatihan ini diadakan adalah untuk memberikan satu pendedahan yang baru khusus kepada jurulatih Teakwondo di Sabah. Pendedahan yang dimaksudkan ialah cara mengajar atau melatih murid-murid taekwondo dari sudut cara tumbukan “punching” kedudukan kaki iaitu (“walking stand”,  “sitting stand”,  “back stand”, “foward stand”  dan  “tiger Stand”),  pelindung asas  tumbukan  atau kata lain  “hand blocking”  dan juga cara  tendangan yang betul  iaitu “Teakwondo kicking”.  Selain itu,  pendedahan yang diberikan  lagi  selama  2  hari  seminar  ini  dijalankan  ialah  pendedahan  cara latihan sparring “kyorugi” dan “poomsae”.

Di hari pertama bersamaan 30.01.2016, pada sebelah pagi, Grandmaster Berry Voon telah megambil ahli untuk mengikuti seminar yang beliau berikan. Dalam seminar itu, beliau telah memberikan satu taklimat mengenai bagaimana cara mengajar yang betul dalm seni 

Taekwondo.Bukan itu sahaja, semua jurulatih turut diberikan pendedahan cara melaksanakan tendangan “kicking” yang betul. 



Taklimat yang diberikan oleh Grandmaster Barry Voon
Taklimat sebelum memulakan seminar kejurulatihan
bersama Grandmaster Barry voon
Latihan pergerakan Kicking Taekowndo 
Coach Raymond dan Coach Haizzan
Snapkick (Front kick) 
Coach Roland dan Coach Huzaimi
 Snapkick (Front Kick) 
Master Aduring @ Musri Bin Habib Mohammad

Tips Tendangan tinggi Turning kick
 (Coach Haizzan)

Teknik Turning kick 
(Coach Roland) 



Coach Huzaimi




Pada sebelah petang pula, program seminar ini telah dihadiri oleh 2 orang jurulatih dari korea, iaitu Master Kim dan Coach Hyun. Sepanjang program seminar taekwondo ini dijalankan, banyak pendedahan yang diberikan untuk memperkasakan lagi kualiti dunia seni taekwondo khusus untuk teknikmengajar yang betul dan kemas. Antara pendedahan Master Kim berikan kepada kami (jurulatih) ialahcara tumbukan ‘punching’ yang betul, tendangan ‘kicking’, ‘foot step’, poomsae’, dan ‘kyorugi’





Gambar bersama Keluarga Master Kim dari Korea
Coach Haizzan, Coach Raymond, Coach Hyun,
Master Aduring@Musri Habib Mohammad, Master Kim,
Coach Huzaimi dan Caoch Roland


Gambar beramai bersama Master Kim dan Coach Hyun 



Pada hari terakhir bersamaan 31.01.2016, sekali lagi seminar ini diteruskan lagi bersama dengan Grandmaster Berry Voon. Sepanjang seminar dijalankan, Grandmaster memberikan penjelasan dengan mendalam mengenai cara melaksanakan gerakan ‘poomsae’.  
 Selesai latihan seminar bersama Grandmaster Berry Voon, aktiviti diteruskan lagi bersama Master Francis. Ketika program ini, Master Francis memberikan taklimat untuk sepanjang program seminar ini dijalankan. Dalam taklimat yang diberikan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua jurulatih yang hadir dan memberikan komitmen yang hebat sekali sepanjang seminar program ini berlangsung. Setelah selesai dengan taklimat dari beliau, aktiviti seminar ini diakhiri dengan penyerahan sijil kepada semua jurulatih yang hadir.

Taklimat dari Master Francis di hari kedua seminar kejurulatihan Taekwondo


Penyerahan Sijil Master Aduring bersama
Master Zaini dan Coach Iskandar





Tahniah Maser Aduring dan para Coach 
Kelab Taekwondo Warisan Sandakan





Hari kedua, Gambar bersama dengan Master Francis Langkab



Barisan Black Belt Warisan Sandakan
(Coach Haizzan, Coach Raymond, Coach Huzaimi dan Caoch Roland)






Semoga dengan ilmu yang diberikan sepanjang seminar kejurulatihan berlangusng dapat membantu

semua kelab-kelab taekwondo di Sabah untuk memajukan lagi generasi anak-anak muda dalam
dunia seni Taekwoindo. Segala yang diberikan merupakan panduan untuk membina satu pencapaian yang 
cemerlang untuk semua generasi anak muda yang meminati seni mempertahankan diri Taekwondo.

semoga semua Kelab Taekwondo di Sabah Khasnya kelab KTWS sentiasa maju ke hadapan dan menjadi      
salah satu kelab yang terbaik di Sabah.. 

In Sha Allah, Aamiin..


Post by :-
admin 2:  Huzaimi




























Friday 15 January 2016

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI UNTUK SEMUA

Taekwondo merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat pada alaf ini bertujuan untuk melindungi diri serta ahli keluarga mereka, sebagai salah satu sukan untuk memotivasikan diri sendiri dan juga turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai orang.

Sehubungan dengan itu, Kelab Taekwondo Warisan Sandakan (KTWS) telah membuka sesi kelas taekwondo dewasa khusus kepada ibubapa yang berminat untuk mengikuti dan mempelajari seni ilmu mempertahankan diri ini. Ketetapan sesi kelas taekwondo bagi kelas dewasa adalah seperti berikut:-

       Sesi kelas  : Setiap hari Selasa dan Rabu.
       Masa kelas : 7.00 pm - 9.00 pm
       Bertempat  : Ruang Legar Kompleks Sukan Sibuga Batu 5 Sandakan, Sabah.




KELAS TAEKWONDO DEWASA (PARA IBU) BERSAMA
MASTER ADURING @ MUSRI HABIB MOHAMMAD



USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK MEMAHAMI DAN MEMPRAKTIKKAN 
ILMU SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (TAEKWONDO)



Sesi latihan taekwondo ini terbuka kepada semua ibubapa tidak kira peringkat umur, agama, bangsa mahupun yang bekerja atau tidak bekerja. Tujuan Kelab Warisan Sandakan ini membuka sesi kelas dewasa adalah untuk kesihatan kita semua kerana ia merupakan salah satu senaman harian yang mampu menguatkan badan daripada dihinggapi penyakit.

Bukan itu sahaja, mempelajari dan mempraktikkan seni mempertahankan diri mampu membantu diri kita daripada serangan musuh dan juga merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Tambahan lagi, adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya juga mampu memberikan ruang kepada para ibubapa yang stress atau mengalami tekanan untuk mengurangkan  bebanan yang mereka hadapi di tempat kerja atau dimana-mana sahaja. 

SESI LATIHAN (HAND BLOCKING )










Selain daripada itu, amalan ini juga dapat mewujudkan satu komuniti yang sihat serta dapat dijadikan platform bagi merapatkan perpaduan dan silaturahim sesama masyarakat. 

Adanya sesi latihan taekwondo ini, ianya mampu memberikan semangat yang luar biasa dan hebat sekali kepada golongan ibubapa khasnya agar mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak diingini berlaku kepada diri dan juga keluarga mereka. 


SESI LATIHAN (BASIC KICKING)





“Seni ini mengajar kita bersatu dalam pasukan serta berdisiplin yang boleh mengukuhkan tali persaudaraan antara kita”


Disediakan oleh Admin 2 : Huzaimi