Monday 22 February 2016

SELF~DEFENCE TECHNIQUES

Dalam dunia seni mempertahankan diri ini, banyak perkara yang boleh kita pelajari untuk melindungi diri kita daripada bahaya berlaku. Bukan itu sahaja, setiap perkara yang berlaku bukan dirancang tetapi ianya berlaku secara spontan kepada kita tanpa kita sedari dan tidak kira masa serta tempat.

     Namun setiap perkara yang berlaku pasti boleh dihalang serta dapat melindungi diri kita terus menjadi mangsa. Mempelajari dunia seni mempertahankan diri ini mampu membantu kita untuk lebih berani menghadapi  situasi yang tidak diingini berlaku. Tambahan lagi, mempelajari seni mempertahankan diri ini juga mampu membuatkn diri kita lebih bermotivasi serta memberi kesan positif kepada kesihatan kita. Secara tidak langsung, seni mempertahankan diri ini boleh membuatkan diri kita lebih bertenaga dan dapat meyakinkan tahap mental serta fizikal kita untuk lebih berani menghadapi sesuatu keadaan yang buruk berlaku.
        
     Baru-baru ini, pelajar serta jurulatih kelab Warisan Sandakan telah berkerjasama untuk membantu mencari teknik-teknik untuk pertahanan diri (Self~defence techniques) bagi mendalami lagi dunia seni taekwondo yang banyak rahsia disebalik seni mempertahankan diri ini. 

     Pada masa yang sama, pelajar kelab Warisan juga turut membuat persiapan awal untuk mencari teknik~teknik pertahanan diri untuk persiapan ujian kenaikkan tali pinggang yang bakal tiba tidak lama lagi. Persiapan ini dilakukan khusus kepada pelajar yang memegang tali pinggang merah hitam (Red Black Belt). Ini merupakan salah satu syarat yang perlu dilakukan dalam ujian kenaikkan tali pinggang khusus kepada senior red black belt untuk lulus ke tahap tali pinggang Black Belt (1st Dan).




Hand Blocking untuk self~defence yang dilakukan 
bersama coach Huzaimi dan pelajar Red Black Belt Mark Harley.
asas ini merupakan khas untuk musuh mnyerang dari arah depan.

Tendangan arah depan gabungan teknik menggunakan
hand blocking untuk memperhebatkan lagi teknik
pertahanan diri seni Taekwondo.













(Coach Huzaimi dan Mark harley)


Add caption


Teknik self defence  melalui arah belakang. Teknik ini merupakan
teknik yang paling mudah dipelajari untuk bagi melepaskan diri
sekiranya musuh menyerang dari belakang kita. Terdapat pelbagai
 cara untuk dipelajari bagi menghadapi keadaan ini berlaku. 








Teknik ini merupakan teknik untuk melepaskan diri daripada
musuh yang membawa item (pisau, kayu) untuk menyerang seseorang
gabungan kaki dan tangan perlu diterapkan bersama agar keadaan
seseorang yang diserang tersebut mantap dan pihak musuh dapat dijatuhkan,.









Teknik ini merupakan teknik semua gabungan kaki, tangan dan tenaga seseorang
untuk menjatuhkan pihak musuh bagi melemahkan keadaanya, Tambahan lagi,
ianya juga perlu dilakukan dengan penuh  berani sekiranya seseorang diserang dalam
keadaan ini tidak kira dari arah depan mahupun belakang kita
.





setiap ilmu seni mempertahankan diri yang kita pelajari perlu diperkasakan agar semua teknik dapat dilakukan dengan penuh disiplin dan kemas. Bukan itu sahaja, adanya ilmu seni ini di dalam diri seseorang mampu membantu memberanikan diri seseorang untuk menghadapi situasi yang gentar. Adanya seni mempertahankan diri ini, ianya dapat membentuk personaliti diri seseorang yang luar biasa dan hebat sekali.

   


" Self~ defence, self~confidence, discipline and
 self control. The values you learn are priceless".





Post by: -
Admin 2 : Huzaimi

No comments:

Post a Comment